INTERVIEW PENSIJILAN DQ-IIUM 2021 SECARA ONLINE!
Bismillahirrahmanirrahim....
Hewooo guys! I tulis ni pukul 2 petang so.. SALAM ZOHOR SEMUA!
Hahaha eventhough sebenarnya saya tak tau bila orang akan mula bukak blog saya ni sebab saya pun BARU je buat blog ni, and BARU je tulis 😆😆 and paling saya tak percaya, saya tak kabo (bagitau) kat sesape pun lagi pasal blog saya!
Ya Allah memang pelik ah!
Kenapa?
Sebab saya ni memang jenis suka share semua benda kat orang. Hahaha. Tapi untuk blog ni, saya rasa saya nak tunggu masa yang paling sesuai dan tepat untuk kasitau semua orang. Mungkin dalam 5-6 posts lepas ni, boleh dah kot saya war-warkan pasal blog ni JYEAH!
So kalau awak, tengah baca blog ni HAHAAHA CONGRATS! dan TERIMA KASIH sebab sudi melayari coretan saya ini. Muah satu untuk awak!
Alright, untuk posting kedua ni, izinkan saya untuk cerita pasal keputusan semak pensijilan dq dulu boleh? Nanti, Insha Allah, lain masa saya bercerita pasal macam mana keadaan interview DQ secara online pulak, keyh? 💋
Reaksi Pertama Mendapat Program Pensijilan
(Cik Ca sambung blog ni pada 6/6/22 lepas balik cuti sem 2. Hahaha weh lamanya)
Gini la u. Cik Ca pun dah tak ingat macam mana reaksi Cik Ca bila dah dapat tawaran ke Darul Quran untuk meneruskan program Pensijilan DQ-UIA ni. Tapi for sure, batch Cik Ca (Gen 22) Kami di interview oleh pihak Darul Quran by online. Jadi, disebabkan itu, kami hanya ada interview menghafaz sahaja.
Begitu juga dengan program Diploma Darul Quran. Juga interview online pada waktu ketika kami di interview (tahun 2021). Tapi untuk tahun ini, tahun 2022, Darul Quran telah melakukan temuduga secara hybrid (online dan offline). Offline untuk mereka yang selain Sabah dan Sarawak. Selanjutnya untuk Sabahan dan Sarawakian, tunggu Cik Ca tanya kepada junior Sem 1, ya? 💕
Sem 1 dah masuk? Ya. Diorang dah masuk 23/5/2022 haritu, sewaktu kitorang first day untuk Peperiksaan Semester 2 kami😹 Aneh, bukan? Masuk time senior exam. Apoooo. Memang tak jadi exam sangat la nak tolong sesi pendaftaran diorang. Tapi best la diorang... Ada Transkem... Kitorang TAKDEEEEEE i mean.. tak sempat la kot Covid kan :') Tak silap, Gen 21 pun takde sebab Covid-19. Tapiiii Gen 20 sempat. Ha Ha. Takpelah kan.
CIK CA! BACK TO THE TOPIC PLS!!! 😡😡😡
Oh alright, sorry everyone! Macam Cik Ca khabarkan awal tadi, kami hanya ada interview Hafazan, sedangkan untuk Program Pensijilan sepatutnya ada dua sesi: Sesi hafazan, dan sesi bersama pihak UIA.
Sebabkan Cik Ca Gen 22, jadi Cik Ca dokdang (tak sempat) lah untuk merasai diinterview pihak Universiti Islam Antarabangsa ha ha ha. Dahla tak sempat kene iv UIA, merasai kecut perut, had butterflies in stomach for first time kat DQ pun takde. Ye lah, online kan. So, kena iv kat rumah jelah. Tak macam bebudak ni. Best lerrr merasai first sight fall in love dengan DQ masa iv. Ye dok!??
Ha, untuk perjalanan sesi iv hafazan pula Cik Ca ceritakan secara ringkas okeh!
Untuk yang dah pernah menghafaz al-Quran, akan diberi masa dalam 30-40 minit untuk menghafaz 1 page al-Quran, untuk yang belum, akan diberi masa 1 jam. Kemudian, bacaan ayat suci al-Quran kita akan disemak oleh panel kita sendiri. Macam Cik Ca, online, kitorang kena pakai kain pelitup mata. takut-takut la menipu kan sebab online.
Tapi kalau untuk bebudak Gen 23 kali ini, mereka ditempatkan di bangunan blok akademik baharu (eh ke lama ek) dan akan masuk ke dalam bilik kuliah yang ditempatkan khas lah. Ala-ala exam Hifz Al-Quran gitewwww~
Setakat tu jelah Iv bebudak yang Cik Ca tahu. Kalau ada apa-apa info tambahan untuk interview paling latest bagi program Pensijilan Tahfiz DQ-IIUM ni, Cik Ca akan update blog lagi, ya! Insha Allah!!
Comments
Post a Comment