SAYA NAK LARI! TAKNAK MASUK UIA!!

 Oh Hi Assalamualaikum everyone!!!

Cik Ca rasa macam terhibur gila sebab Cik Ca anggap macam tengah bercakap dengan kalian tapi sebenarnya, posting blog Cik Ca pun baru 3 (termasuk yang ni😂), Cik Ca pula tak pernah war-warkan blog ini secara formal dekat sesiapa, tetapi Cik Ca rasa bahagia sangat untuk bercerita dengan entum semua sebab hmm tahla. No expectation from anyone maybe? So, pressure tu takde.

Okay, back to our title, ..... eh Cik Ca. jap jap jap.

Bakpe dakmboh MASUK UIA NYA?!

Okay mehla Cik Ca cerita panjang cikid dari lepas SPM2020 haritu... (psst. 2 tahun lepas Cik Ca oi!)

Masatu,  Cik Ca bukanlah kata main isi sahaja UPU tu. Yelah, tak keluar lagi result SPM Cik Ca kan. Cik Ca pun isi. isi, isi punya isi... Cik Ca baru sedar. Cik Ca tak berminat langsung untuk sambung kos Sains Tulen yang Cik Ca dah ambil masa Tingkatan 4. Hm... Mungkin. MUNGKIN. Ramai yang rasa rugi dan kasihan, kan dekat Cik Ca? Yelah. dah ambil letih-letih subjek-subjek Sains Tulen macam Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Kok gak mau sambung sih? EEEEEEE!

Tapi itulah, Cikca pun tak boleh nak paksa diri sendiri. Sebab memang tak minat 👽Yang Cik Ca tahu, masa tu, senarai UPU Cikca dari 10 pilihan tu, rasanya 2-3 je kos Sains dekat bawah-bawah. Yang pilihan 1-4 Cik Ca letak kos law (padahal zero pasal undang-undang) and pilihan selebihnya Cik Ca letak jurusan agama. 

Yes, alhamdulillah, i got the first choice from UPU, which is: Kos Undang-Undang di UIA. (garu kepala) tapi tulah. Bila dah masuk DQ ni, Cikca fikir-fikir balik. Kalauu lah katakan kan. Okay, Cikca habis DQ bulan 10 tahun ni, inshallah. Kalau katakan, Cikca dapat UIA sekalipun, Cikca taknak kos law. Cikca nak sambung IRK. (Islamic Revealed Knowledge) ha Cikca nak sambung kos Ilmu Wahyu a.k.a IRK lah sebab dia kos cam agama gitew. Tahla fikir balik.... Complicatednya hidup aku. Sains taknak, law pun taknak. Habis. Sijil SPM aku mahal-mahal achieved 12A tu aku nak buat apa?

Tapi tulah, kita memerlukan orang berkualiti dalam bidang agama. Bukan Cikca nak cakap kalau strek A ni dok layok sambung bidang agama. Tapi tengoklah mentaliti masyakarat sekarang. Asal budak-budak tak cukup A je, campak agama. Yang strek A, semua duk expect kena, OR WAJIB, amik sains. Hello? Agama ingat mudah ke hehhh?

Ha tapi cemtulah, minat Cikca taktau la, memang Allah dorong untuk suka kos agama ni. Tapi macam korang baca topic kita kalini lah. Cikca rasa taknak sambung UIA. haha. once again. Complicated kan minah ni. Orang kat luar sana punya la nak sambung UIA, dia boleh nak lari dari UIA. Padahal kan korang, kalau dah masuk program Pensijilan Tahfiz DQ-UIA ni, memang ofc la related dengan UIA, and memang ditawarkan sesiap dah free seat untuk budak Pensijilan, masuk direct UIA. Nama pun Program DQ-UIA. What do u expect?

Tapi I pulak.. huhu tula. Sesusah nak lari pulak program. Tahlah. Ikutkan hati macamtula u. I pun taktau

Oh, ya. Lupa nak cerita. Ha.. Masa awal-awal lepas SPM, selain UPU, yang menjadi pilihan hati ialah sambung Jordan dan DQ. So sebenarnya kalau ikut ranking macamnila yang Cikca nak:

1. Jordan (Program Pelajar Cemerlang bawah KPM)

2.DQ (Pensijilan Tahfiz DQ-IIUM)

3. UPU (UIA sebab orang kata Uni Islamic lol)

Tapi biarlah dulu yang Jordan tu, I cerita next post. Lain kalilah. Panjang sangat posting nak cita kenapa tak jadi pergi Jordan tu. 

Tapi sekarang en, Cikca tengah sem 2 kat DQ, I really feel to run away tau dari UIA. Hahaha. Ada sorang lagi kawan Cikca. dia nak lari jugak UIA. Dia nak sambung IPG. Dia takpela, memang cita-cita nak jadi Cikgu BI. So lari UIA pun nothing to lose la. 

Sekarang tengah bulan 6 tahun 2022. I have only 4 months before I got into UIA bulan 12 ni. Tapi memang ya Allah, taktahula. Rasa nak masuk UIA tu dah macam mati tau. Cikca adala, isi untuk masuk PNU kat Arab Saudi, and benda tu dapat tau result dalam bulan 7-9. Cikca sebenarnya isi suka-suka je, tapi bila dah hantar permohonan.

Eh, tahu2. tersuka betul-betul pulak.

Korang doakan lah ye. Cikca dapat untuk PNU tu (Princess Noura University). Cikca pun taktahula, like life must go on, tapi Cikca banyak sekarang ikut kata hati. Dahla yang tak menjadi pilihan hati tu memang taknak teruih. Ai,... Susahla ceni, nak buat pilihan pun selalu otak bagi kata dua. Bukan kata putus. Boleh terus kata putus, tapi overthinking risiko pulak.


Dahla, pasni memang kena buat STIFIn lah. Haih 😪

Comments

Popular Posts