F5 Promax 2020 Nak Beli Laptop ?
Bismillahirrahmanirrahim ....
Hewooo guys! Diz iz Cik Ca!
I'm gonna write this post as my first post + meraikan Cik Ca dapat membeli laptop untuk diri sendiri !! (Hooooraaaaaaaaaaaaaaaaayyyyy~) Alhamdulillah, ana tak pernah sangka ana dapat menaip di atas keyboard, memandang skrin putih dan menyentuh material laptop ana sendiri . EEEEEEEE. I don't know. Maybe ini ialah perasaan normal untuk orang macam Cik Ca awak ni yang memang hidup dengan phone je. Online learning pun guna handphone je. Huhuhuhu K E S I A N :P
Alright, so my first post, Cik Ca nak perkenalkan korang semua jodoh cinta pertama Cik Ca buat kali pertama (eh yeke Cik Ca ni hikhik) ........... which is...........
LENOVO IDEAPAD FLEX 5 <3
Alright, nak ke kisah macamana Cik Ca terjodoh dengan si dia ni? Eherm .. Eherm .. Shall we begin ? >.<
Paaaada suatu hari di suatu ketika Cik Ca berumur 17 tahun , Cik Ca terdetik la dalam hati kecil Cik Ca untuk beli sebuah laptop sebab yelahh.. Cik Ca kan nak jejak ke alam universiti dah. Laptop ni memang satu keperluan WAJIB lah bagi semua mahasiswa universiti, kan kan? Jadi, Cik Ca pun mengambil peluang dan ruang kosong dalam sehari-hari Cik Ca untuk survey laptop-laptop
dekaaaaaat
Youtube.
YEAH.
Cik Ca taktau la kalau wujud lagi orang cari review laptop dekat blogspot, tapi kalau ada yang jumpa blog Cik Ca ni tahniah! HEHEHE anda mendapat tiket percuma untuk membaca luahan ikhlas hati Cik Ca dalam membeli laptop :*
1. Search 'Laptop untuk students'
At first, Cik Ca just usha-usha Youtube dengan search LAPTOP UNTUK STUDENTS and I just viewed almost all of the review, sampailah Cik Ca terjumpa posting Fazli Halim...
- touchscreen
- 14 inch hmm (masani taktau 14 inci besar mana) mcm besar cukup utk buat kerja
- boleh lipat untuk dijadikan tablet
- free pen lenovo (pen lukis2 utk tablet tuuuu. FREE!! Package sekali beli dengan laptop ni!
- warna cantik.. (Grey is the most gorgeous one. grey ke silver tah. But blue also... wow.... astonishing.. SEXY!) hitam last one, lol. so so la.
- bateri 65 watt (fast charging) (and also bateri dia tahan lama) (takyah cas banyak-ii kali)
- camera already ada shutter (boleh guna shutter camera kalau rasa tak selesa takut kena hack)
- ada backlit keyboard (keyboard ada lampu)
Adakakah laptop ini tahan lama untuk Cik Ca guna sampai Cik Ca tua?
Persoalan-persoalan sebegini yang melayang bagai layang-layang dirungkaikan dengan baik.
YUPS! Cik Ca makin yakin dengan pilihan hati Cik Ca.
I won't regret this!
3. Penantian yang tiada sia-sia buat orang yang SABAR
Lama jugak untuk laptop ini sampai ke pangkuan dan dakapan Cik Ca. Sekitar 4 ke 5 bulan Cik Ca mengidam untuk mempunyai sebuah laptop, baru lah dapat.
Cik Ca mengidam laptop ni masa bulan 1/2021 lagi. Tapi SPM pun Cik Ca abis bulan 3 (Cik Ca batch form 5 promax 1st edition) . Apatah lagi la nak tunggu bila masuk universiti. Mestilah masa tu baru orang musim cari LAPTOP. Iyela... Student uni kan... Macam satu kewajipan pelajar zaman skrg utk ada laptop?
So, masa awal bulan 7 haritu, abah Cik Ca tanya Cik Ca, "dik, bila nak beli laptop?" . Cik Ca pun jawab "takpe la bah. adik kan nak masuk Pensijilan Tahfiz DQ-IIUM... Masuk DQ dulu setahun ... tak payah guna laptop punn hehee". Cik Ca memandang abah Cik Ca dan mengukir senyuman. "Lah. kenapa pulak. sama je, nanti masuk UIA, kena ada laptop jugak". Abah Cik Ca bertegas untuk membelikan Cik Ca sebuah laptop.
Rezeki la, ye dok?
Sebenarnya, Cik Ca rasa bersalah dengan parents Cik Ca.
Sebab, Cik Ca plan nak beli phone.. Phone baru. hehe iPhone >.<
Dah lama mengidam. Dari sebelum zaman mencari laptop lah... Ye la.. kan lepas SPM, biasanya android users ni baru la dapat merasa nak memakai iPhone. HAHAHA
Cik Ca guna Pocophone F1. Memang masih teguh dan lasak betul-betul seperti yang direview oleh Youtuber semasa pelancaran mula-mula Poco masa tahun 2018. Ha'ah.. Cik Ca beli masa tu la. Guna duit khatam sendiri.
Tapi, sebabkan Cik Ca tahu, kegunaan Cik Ca ni;
Cik Ca ni memang suka amik2 gambar dan video, jadi kualiti gambar memang the best utk memilih iPhone.
Phone Pocophone F1 pulak, Cik Ca sebenarnya nak guna untuk kegunaan Zoom, Google Meet dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan jumlah penggunaan yang lama.
Hahaha iPhone kan, tak tahan lama mana bab bateri dia. sayanglah..
tapi bila ayah cikca insisted utk belikan jugak laptop utk cikca.......
al rezekilah, kita ucap. Plan nak beli laptop lepas DQ
diawalkan...
Alhamdulillah...
4. ARRIVAL OF MY SAYANG!
11/07/2021
Tarikh keramat tu... Tarikh beli laptop HAHAHA.
Masa ni la, Cik Ca pergi beli Lenovo Ideapad Flex 5 ni dekat KB Mall. Iye Kota Bharu... Cik Ca sebenarnya memang dah target, nak beli dekat Monaliza KB Mall sebab tengok ada stok dekat website Monaliza.
Sesungguhnya, jodoh tu tak salah alamat.
Sesampainya Cik Ca dan abah di kedai Monaliza, stok utk laptop Cik Ca, dah abes. Jadi, Cik Ca terpaksa ke kedai lain utk mencari laptop tu lah.
Rezeki Cik Ca. Cik Ca dapat beli Lenovo Ideapad Flex 5 dengan spec yang lebih tinggi drpd stok Monaliza.
Tapi harga pun up sikit, lah.
Spec Laptop Cik Ca dapat ni
- 14 inch
- 8GB RAM
- 512GB SSD
- Chameleon Blue
- AMD Ryzen 7 55000 Series
- 2 Years Warranty



Comments
Post a Comment